BAHASA MELAYU TAHUN SATU
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama- sama dengan kata bilangan untuk kata nama konkrit seperti haiwan, benda, manusia dan tempat. Biasanya penjodoh bilangan hendaklah digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutinya.
Contoh Penjodoh Bilangan
a) orang
b) buah
c) batang
d) biji
e) ekor
ORANG
Contoh Penggunaan
Digunakan untuk manusia seperti doktor, polis, guru dan sebagainya.
Contoh ayat
Abang Ali seorang doktor.
Amin bekerja sebagai seorang juruterbang di Syarikat Penerbangan Air Asia.
BUAH
Contoh Penggunaan
Digunakan untuk benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan seperti meja, rumah, tasik, kerusi, kereta dan sebagainya.
Contoh ayat:
Adik Ani membaca sebuah buku yang dibeli oleh ibunya.
Bapa Ali menunggang sebuah motosikal ke pejabat.
BATANG
Contoh Penggunaan
Digunakan untuk benda yang lurus, panjang dan keras seperti pen, tongkat, jalan raya pembaris , jari, sungai dan sebagainya.
Contoh ayat
Sani menulis menggunakan sebatang pensel.
Di belakang rumah saya ada sebatang sungai.
BIJI
Contoh Penggunaan
Digunakan untuk buah- buahan atau benda yang bersaiz kecil dan bulat seperti durian, nanas, cawan, guli dan sebagainya.
Contoh ayat
Adik makan sebiji epal.
Ibu membeli dua biji betik di pasar tani.
EKOR
Contoh Penggunaan
Untuk semua jenis haiwan seperti ayam, burung dan sebagainya.
Contoh ayat
Aminah memelihara seekor kucing.
Seekor rama- rama sedang menghisap madu.
Soalan
Garisi penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi.
1) sebuah / sebiji
2) seorang / seekor
3) sebatang / sebuah
4) sebuah / sebiji
5) seekor / seorang
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu
Program Bacalah Sayang
Program Nilam
Pertandingan Sajak
Pertandingan Bercerita
Contoh Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
0 comments:
Post a Comment